Senin, 05 Maret 2012

Kelebihan Model OSI

     Oleh kerana model OSI membahagikan pemprosesan data di dalam rangkaian menjadi lapisan-lapisan yang berfungsi sendiri (modular), maka penggunaannya dapat memberikan pelbagai kelebihan iaitu;

   1. Mengadakan piawaian antaramuka (interface standard).
   2. Mengurangkan kerumitan dalam perancangan.
   3. Membolehkan modul kejuruteraan.
   4. Memberikan pengertian secara umum dan bukan terperinci.
   5. Perubahan di satu lapisan tidak mengganggu lapisan lain.
   6. Berguna untuk tujuan latihan (training purpose).

Pengolahan Data (Data Enscapsulation)

     Perlu juga diketahui proses pengolahan (enscapsulation process) data dari satu lapisan ke lapisan lain yang disebut sebagai data enscapsulation. Pengolahan data (data enscapsulation) adalah proses dimana penambahan maklumat depan (header information) pada suatu data di suatu lapisan.

Lapisan Proses Pengolahan (Enscapsulation Process)
Application, Presentation, Session Maklumat diubah menjadi data.
Transport Data diubah menjadi segmen atau data stream.
Network Segmen diubah menjadi pakej-pakej atau datagram.
Data-link Pakej diubah menjadi frame.
Physical Frame diubah menjadi bit.
Jadual 2.2 Proses Pengolahan (Enscapsulation Process)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar