|
Lapisan OSI |
Pada peringkat awal perkembangan komputer iaitu pada tahun 1950-an, komputer berfungsi secara sendirian (
standalone) tanpa dapat berhubung antara satu dengan yang lain. Hanya pada akhir tahun 1960-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (
Department of Defence atau DoD) telah menjalankan kajian mengenai
rangkaian komputer.
Rangkaian ini menggunakan kaedah telefon yang membolehkan
komputer-komputer berhubung antara satu dengan yang lain walaupun berada
di suatu tempat yang berlainan atau negara yang jauh.
DoD melihat kemampuan rangkaian komputer ini dapat digunakan sebagai
satu alat untuk pertahanan Amerika Syarikat pada masa itu, di mana
maklumat dapat dihantar dengan cepat ke tempat-tempat yang memerlukan.
Untuk itu,
Advanced Research Project Agency (ARPA), telah ditubuhkan dan kemudianya bertukar nama menjadi
Defence Advanced Research Project Agency
(DARPA) yang telah menghasilkan ARPAnet yang menyokong perkembangan
protokol TCP/IP. ARPAnet seterusnya telah berkembang menjadi Internet
yang dimulakan dengan menghubungkan badan-badan pemerintah dan
universiti-universiti dan kemudiannya berkembang ke dalam dunia
perniagaan.
Rangkaian kawasan setempat atau
Local Area Network (LAN)
mula mendapat perhatian masyarakat dunia di sekitar tahun 1980-an. Ia
berkemampuan untuk menghubungkan satu komputer dengan yang lain melalui
penggunaan cakera keras (Disk Sharing) dan mesin pencetak (Printer
Sharing). Ia kemudiannya dihubungkan dengan rangkaian kawasan setempat
yang lain yang berjauhan di antara satu sama lain dan dikenali sebagai
Rangkaian Kawasan Luas atau
Wide Area Network (WAN).
Suatu maklumat yang dihasilkan oleh seseorang dari sesebuah komputer
dapat disampaikan ke komputer lain melalui rangkaian komputer. Maklumat
tersebut akan melalui proses yang panjang dan melalui berbagai lapisan
dan rangkaian komputer. Pertama, maklumat yang dihantar akan diproses
menjadi data-data yang kemudiannya dproses menjadi segmen-segmen.
Seterusnya ia diproses menjadi paket-paket, kemudian kepada
frame
dan terakhir sekali menjadi bit. Bit-bit maklumat ini akan dapat
dihantar melalui kabel rangkaian ke komputer lain dan diproses semula
bagi mendapatkan maklumat yang asal.
Untuk memudahkan proses pengolahan data dan supaya mempunyai persamaan di antara pengusaha atau pengilang produk rangkaian,
Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) telah mengeluarkan satu model lapisan rangkaian yang dikenali sebagai
Open Systems Interconnection (OSI).
Di dalam model OSI yang telah dikeluarkan ini, proses data dibahagikan
kepada tujuh (7) lapisan di mana setiap lapisan telah diberi fungsi yang
tersendiri.
Model OSI ini membincangkan secara jelas cara kerja lapisan OSI serta
memberikan konsep untuk menentukan proses apa yang perlu berlaku dan
protokol-protokol yang boleh digunakan kepada lapisan tersebut. Model
OSI ini menjadi terkenal kerana mempunyai banyak kebaikan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar